Monday, 7 March 2016

Tabahlah Seorang Isteri

Kesejahteraan Yang Abadi
Ketenangan yang Hakiki
Kegembiraan yang sebenar
Kedamaian yang Di Rai
.................... bagi seorang Isteri adalah memberi ketenangan yang sewajarnya kepada suami dengan mempersembahkan ketaatan yang yang sebenarnya, menjalankan amanah yang sewajarnya serta menjalan kan tanggungjawab sedaya mungkin.

Seringkali kita mendengar selalunya , malah hampir kesemua cerita kecewa wanita adalah berkaitan kehidupan yang tidak sempurna, suami yang kurang beri layanan, dan tidak kurang juga yang dahagakan kasih sayang dan jauh lebih teruk isteri yang kesunyian. Tidak tahu mengapa perkara-perkara sebigini di ambil serius.

Cuba renungi kata-kata yang mungkin memberi motivasi paling tidak sedikit kepada jiwa dan minda ,,,,,,
" Apabila kita mendapati pasangan kita melakukan kesilapan, adakah kita terdorong sama untuk melakukannya, alangkah ruginya dan betapa ceteknya pemikiran kita yang hanya memandang kepada perkara negatif semata".

Semua insan ada kekurangan dan kelebihan tersendiri. Pandang pada sudut kebaikan pasangan yang telah dipamerkan secara tidak langsung dan cuba kita fikirkan apa yang telah dikorbankan untuk kita.

Percayalah bila kita yakin dengan ketentuannya pasti kita memahami disebalik ujian itu tersimpan dengan kemasnya sebuah rahmat dan ganjaran yang terindah. Singkir bisikan-bisikan negatif dengan alunan Zikir penenang Jiwa. Bukankah itu Janji Allah.
"Hanya dengan mengingatiku Jiwa akan menjadi Tenang"

Lepaskan lah rasa memiliki itu, kerana tiada satu pun milik kita. Selalulah berkata dan membuat pernyataan yang positif wahai insan yang bergelar wanita. Jangan kita terlalu fokus pada kekasaran orang lain kepada kita, tetapi buatlah kebaikan kepada semua orang disekeliling kita. In shaa Allah kita akan bahagia dari pelbagai suduk yang kita sendiri tidak terfikirkan. Kita hanya berusha dan berikhtiar sepenuh jiwa raga, namun ketetapan itu Adalah Irodah Allah yang Maha Kuasa.



Sememang nya seorang isteri  itu mudah emosi apabila pasangannya mula curang, menyakitkan hati dan pelbagai lagi. Namun itu semua bukanlah alasan untuk kita turut sama kejurang yang berdosa. Try to keep calm. Allah bersama dengan orang yang sabar. Saat kita melontarkan kemarahan dan emosi itu, akan menjadi nilaian orang kepada kita. Pandangan kita untuk orang itu tidak penting, tetapi kita harus menjada adab agar akhlak kita sentiasa terpelihara.

Wahai Muslimah di luar sana!.....

Percayalah bila kita mampu mengawal diri, pandangan pasanagan kita semakin tinggi dan ia mungkin menghargai apa yang telah kita korbankan untuknya. Justeru itu jauhkanlah perkara-perkara yang boleh mengeruhkan keadaan. Dekatkan diri kita dengan majlis-majlis ilmu yang bermanfaat dan sentiasalah membaca buku-buku yang memberi motivasi.

Semoga kita mampu menjadi WANITA SRIKANDI dengan aura positif yang mampu menyemarakkan kesuraman menjadi kehangatan.  Carilah Allah nescaya kita jumpa jalan penyelesaian disetiap permasaalahan kita. Luahkan permasaalahan dengan pembacaan dan carilah kisah-kisah wanita agong seperti Asiah, Sy Fatimah dll untuk memberi motivasi pada diri..

Salam Ukhwah
Ustazah Marinamj56

CITA-CITA YANG TERPENDAM

Add caption



Kek Sponge Olahan saya dari pelbagai sumber resipi

Saya bercita-cita mempunyai bakery sendiri, walau sekarang ni saya masih lagi berkhidmat dengan kerajaan sebagai pendidik. Namun semenjak saya mula dipelawa untuk belajar membaking tahun 2014 minat yang mendalam mula bertapak di hati saya.
Saya rasa gembira melakukannya, dan setiap hari saya merindukan untuk menghasilkan apa sahaja kek, atau apa sahaja dari " my Rinzfreshbake". Seolah-olah satu suntikan semangat yang baru ada bila saya mula memasuki ruang masakan saya.

Alhamdulilah suami dan anak-anak sentiasa menyokong dan memberikan saya inspirasi.
syukur sangat.
Buku Tambahan sebagai rujukan






Saya masih belajar dan akan terus belajar. Seronok sangat dapat mengenali dunia bekery. Apa sahaja yang kita buat yang penting azam, ketabahan dan kesabaran. Saya akan terus menghasilkan kek dari tangan saya dan memperbaikinya .


Saturday, 2 May 2015

Berbuat Baik Kepada Orang lain Akan Melapangkan Dada

Kebaikan itu seindah nama dan perbuatannya, keramahan seramah wujudnya dan kebaikan itu sebaik rasanya yang dirasa oleh insan-insan yang dikelilingi dengan kebaikan. Dan orang yang pertama merasai nikmat dan manfaat itu semua adalah insan yang senang melakukan KEBAJIKAN DAN KEBAIKAN itu.


Mereka yang melakukan kebaikan ini akan merasa 'buah' nya ketika itu juga di dalam jiwa mereka , akhlak dan nurani mereka. Sehingga mereka sentiasa berlapang dada, tenteram dan merasa aman damai serta ketenangan yang sukar digambarkan.

Dan satu tips yang amat mudah SEKIRANYA KITA DILANDA KESEDIHAN ATAU GUSAR, BERBUATLAH KEBAIKAN , INSYAALLAH ANDA AKAN MERASA TENTERAM DAN KEDAMAIAN HATI!.....

Dan seperkara lagi, Bersedekahlah kepada orang yang papa, dan tolonglah mereka-mereka yang dizalimi, kurangkan beban orang yang menderita, berilah makan orang yang kelaparan nescaya anda akan merasa kebahagian di dalam semua aspek kehidupan Anda.


Kebaikan itu laksana wewangian kepada sipemakainya dan ianya tidak hanya memberi manfaat kepada sipemakai yakni dirinya tetapi juga mereka yang berada disekitarnya. Dan manfaat psikologi dan kebajikan itu terasa seperti ubat-ubat yang mujarab yang hanya diperolehi di dalam hati mereka yang berhati baik dan bersih.

JOM KITA BERBUAT BAIK SEBANYAK MUNGKIN !!!!!
" beRLuMbALAH dALaM MeLaKsAnAkAn KEBAJIKAN (KEBAIKAN)

Salam Ukhwah
Ustazah MarinaMJ56

Bersyukur

Indahnya hidup ni,,Andai di syukuri.
Namun rata-rata tatkala ditimpa musibah manusia terkadang ALpa termasuk lah saya. Bukankah sebagai makhluk sahaja begitu banyak nikmat yang ada disekeliling kita, membaca ini sahaja merupakan nikmat terbesar dalam kehidupan ini. Bayangkan mereka-mereka yang diluar sana yang buta, yang langsung tidak dapat melihat , lebih-lebih lagi yang buta sedari kecil.
Apakah kita benar-benar bersyukur??
Apakah kita benar-benar berterima kasih??
Apakah yang telah kita lakukan dengan nikmat ini??

Subhanallah, Subhallah. Subhanallah

Alhamdulilah, kita masih mampu membaca hingga ke perenggan ini. Ini juga nikmat kawan-kawan. Terkadang ia memang mudah diungkap, namun amat payah dilaksanakan dan dipraktikan.
Terkadang memang nampak simple, tapi  memberi impak yang amat besar dalam kehidupan kita, jika praktikan dengan istiqomah dan displin. Insyaallah kita boleh mula dengan perkara yang mudah dulu kawan-kawan.

KIta ada keluarga sedangkan ramai lagi diluar sana yatim piatu,,,

Kita ada rumah untuk bernaung, namun masih ramai diluar sana yang tinggal dikaki-kaki jalan , dibawah jambatan dan ada yang menumpang dirumah orang dan sebagainya.

Kita punya kenderaan,,tetapi masih ada lagi yang terpaksa menggunakan kudrat 2 kaki untuk meneruskan ayunan langkah untuk menuju destinasi dan terpaksa menggunakan pelbagai kemudahan yang ada sama ada secara sengaja dan ada juga yang memang terpaksa melakukannya.

Dan bermacam-macam lagi.....

Bukankah kita harus bersyukur,,,
Mengapa???
Kenapa????
Bagaimana????



Bersyukurlah kawan-kawan sebelum terlambat, dan sebenarnya dengan bersyukur secara tidak langsung memberi ruang rezeki untuk masuk dalam kehidupan kita.
Bukankah Allah telah berjanji " JIka kamu bersyukur maka AKu akan tambah"
Janji Allah itu pasti..

Salam ukhwah
Ustazah MarinaMJ56