Ketenangan yang Hakiki
Kegembiraan yang sebenar
Kedamaian yang Di Rai
.................... bagi seorang Isteri adalah memberi ketenangan yang sewajarnya kepada suami dengan mempersembahkan ketaatan yang yang sebenarnya, menjalankan amanah yang sewajarnya serta menjalan kan tanggungjawab sedaya mungkin.
Seringkali kita mendengar selalunya , malah hampir kesemua cerita kecewa wanita adalah berkaitan kehidupan yang tidak sempurna, suami yang kurang beri layanan, dan tidak kurang juga yang dahagakan kasih sayang dan jauh lebih teruk isteri yang kesunyian. Tidak tahu mengapa perkara-perkara sebigini di ambil serius.
Cuba renungi kata-kata yang mungkin memberi motivasi paling tidak sedikit kepada jiwa dan minda ,,,,,,
" Apabila kita mendapati pasangan kita melakukan kesilapan, adakah kita terdorong sama untuk melakukannya, alangkah ruginya dan betapa ceteknya pemikiran kita yang hanya memandang kepada perkara negatif semata".
Semua insan ada kekurangan dan kelebihan tersendiri. Pandang pada sudut kebaikan pasangan yang telah dipamerkan secara tidak langsung dan cuba kita fikirkan apa yang telah dikorbankan untuk kita.
Percayalah bila kita yakin dengan ketentuannya pasti kita memahami disebalik ujian itu tersimpan dengan kemasnya sebuah rahmat dan ganjaran yang terindah. Singkir bisikan-bisikan negatif dengan alunan Zikir penenang Jiwa. Bukankah itu Janji Allah.
"Hanya dengan mengingatiku Jiwa akan menjadi Tenang"
Lepaskan lah rasa memiliki itu, kerana tiada satu pun milik kita. Selalulah berkata dan membuat pernyataan yang positif wahai insan yang bergelar wanita. Jangan kita terlalu fokus pada kekasaran orang lain kepada kita, tetapi buatlah kebaikan kepada semua orang disekeliling kita. In shaa Allah kita akan bahagia dari pelbagai suduk yang kita sendiri tidak terfikirkan. Kita hanya berusha dan berikhtiar sepenuh jiwa raga, namun ketetapan itu Adalah Irodah Allah yang Maha Kuasa.
Sememang nya seorang isteri itu mudah emosi apabila pasangannya mula curang, menyakitkan hati dan pelbagai lagi. Namun itu semua bukanlah alasan untuk kita turut sama kejurang yang berdosa. Try to keep calm. Allah bersama dengan orang yang sabar. Saat kita melontarkan kemarahan dan emosi itu, akan menjadi nilaian orang kepada kita. Pandangan kita untuk orang itu tidak penting, tetapi kita harus menjada adab agar akhlak kita sentiasa terpelihara.
Wahai Muslimah di luar sana!.....
Percayalah bila kita mampu mengawal diri, pandangan pasanagan kita semakin tinggi dan ia mungkin menghargai apa yang telah kita korbankan untuknya. Justeru itu jauhkanlah perkara-perkara yang boleh mengeruhkan keadaan. Dekatkan diri kita dengan majlis-majlis ilmu yang bermanfaat dan sentiasalah membaca buku-buku yang memberi motivasi.
Semoga kita mampu menjadi WANITA SRIKANDI dengan aura positif yang mampu menyemarakkan kesuraman menjadi kehangatan. Carilah Allah nescaya kita jumpa jalan penyelesaian disetiap permasaalahan kita. Luahkan permasaalahan dengan pembacaan dan carilah kisah-kisah wanita agong seperti Asiah, Sy Fatimah dll untuk memberi motivasi pada diri..
Salam Ukhwah
Ustazah Marinamj56









